Sweet Potato
About◕ Links◕ Stuff◕ Entries

________________________________________________________________________________________
Saturday, 15 December 2012 | 21:44 | 0 Potpet
  24.07.2007
-
Seperti setiap tahun , bila sampai je tarikh tu , aku selalu menangis sorang-sorang dan mesti elakkan daripada bergaul dengan sesiapa. Walaupun ada aktiviti yang seronok , aku takkan ikut. Aku terlalu rindukan ayah :( Arwah kembali ke rahmatullah pada 24.07.07. Hmm.. Tetiba update blog ni sebab tak tahu nak luah kat siapa. Macam tahun lepas , tarikh yang sama , bergayut dengan syafiqah lan sambil aku nangis teresak-esak gile. Arwah meninggalkan dunia pada jam 9.15 pagi. Masa tu aku kat sekolah. dalam kelas tengah belajar kajian tempatan dengan teacher tay. Tiba-tiba guru besar datang kat kelas panggil aku dan suruh kemas barang-barang. Nak balik rumah katanya. Aku pun ikut je laa. Dari kelas , turun tangga , naik kereta guru besar tu , dia diam je. Dia langsung tak jawab apa yang aku tanya. 

Bila sampai je kat rumah , tengok ramai yang datang. Ramai sangat. Ada juga yang menangis waktu tuu. Pelik kan? Hmm itulah apa yang aku fikir waktu tu. Aku tercegat kat luar sorang-sorang sambil perhatikan dia orang. Dengan beg lagi. Tak boleh nak masuk. Ramai sangat orang. Tiba-tiba makcik aku nampak aku berdiri sorang-sorang kat luar. Terus dia datang kat aku , peluk aku. Aku terdiam. Then dia ajak masuk dalam. Orang pertama yang aku cari ialah ayah aku. Sebab aku tahu ayah tengah sakit. Aku nampak mak tengah menangis-nangis kat sebelah ayah. Aku tengok ayah terbaring. Lelap mata. Terus aku peluk mak aku. Mak cakap ,, "fuad , ayah dah pergi..." Kalau cakap tak nangis memang tipu lah kan. Mak suruh ambil yassin. Mak cakap , sedekahkan untuk ayah. Aku pun ikut je. Lepas tu cikgu-cikgu datang. Ali Rustam pun masuk waktu tu.. Petang tu jugak kebumikan arwah :'( Dah habis kebumikan ayah , aku balik , aku terus baring sambil nangis dalam bilik sorang-sorang. Bila bangun je dah pagi :'( Waktu tu aku cuma mampu berharap yang aku mimpi pasal semalam tuu. Bila keluar bilik , yang lain semua tak ada. Semua kat luar. Dari situ aku dah tahu yang itu bukannya mimpi :(

Ayaahhh,, Fuad kat sini sentiasa doakan ayah tenang di sana :') Masa tingkatan dua , Fuad ada mimpikan ayah balik rumah. Sekali tuu je.. Fuad janji , fuad akan jaga mama kat rumah ni.. Semenjak ayah pergi ,, mama suka marah-marah.. Datuk kat kelantan mula jadi pelupa dan nyanyuk. Lepas tu , Atuk pun meninggal dunia tahun lepas. Tapi Alhamdulillah , mama dah tak marah-marah sangat lagi dah. Kak ina pun nak kahwin dah dua minggu lagi. Pasti lebih meriah kalau ayah ada. Hmm. *wondering* Fuad sentiasa rindukan ayah. Fuad tahu dulu fuad memang jahat , nakal , menggatal , suka sangat bergaduh dan lebih pentingkan duniawi. Sekarang , fuad cuba berubah sedikit demi sedikit. Kalau boleh ,, fuad nak jumpa ayah lagi :'( Tak kisah laa dalam mimpi atau di akhirat kelak. Fuad nak sangattt :( Rinduuu sangat kat ayah. Hmm. Petang ni ,, Fuad nak melawat kubur ayah. Fuad nak pergi seorang je. Taknak bagitahu siapa-siapa. Kalau ada yang lain , fuad memang susah nak menangis. Kali terakhir fuad menangis 24.07.2011. Menangis sebab ayah.. Hm :(

Tak masuk kan luahkan kat blog? :') Hee~ Jam pun dah menunjukkan 1.40 pm. Solat zohor pun belum lagi. Sekarang ni ,, nak siap-siap melawat kubur arwah ayah tercinta.. Hujan atau tak , fuad tetap nak pergi :'D Tak kira tak kira ^_^ Korang yang lain , kalau masih ada ayah , bersyukur tau :D Tanpa ayah dan ibu , siapalah kite :) Ok dah puas dah mata berpeluh ni >_< Babai :D
PAST ♠ FUTURE


_______________________________________
◕ Mister Auxin ◕


Hye peeps ! You've dropped in my space. Be nice here. Bitch and copycats not allowed. Thank you
My name is Ahmad Fuad Ismail. 18 to be on October, Melakarian. My heart belongs to Isyriati :D
_______________________________________
◕ Potpet ◕


_______________________________________
◕ My Song ◕

_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google