Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Monday 21 January 2013 | 06:09 | 0 Potpet
2 hari sebelum majlis. Aku dah mula kelam kabut. Family semua sama. Malam tuh aku yang kena rebus telur. Kalau 100-200 tak apa lah. Ni , Seribu lebih -_- Tak tahan seyh. Mula mula buat , ada lah dalam 40-50 telur pecah. Semua aku yang buat :D Haha. Tak sengaja lagipun. Malam malam tu jugak lah aku mula buat kecoh. Ambil radio , letak kat luar , bukak volume kuat kuat. :D Haha. Dah puas , bawak keluar bola pulak. Yang lain lain semua join. Cousin yang patah tangan tu pun join. Then , tibalah hari majlis berlangsung :D Seronok seronok jugak. Penat jangan cakap lah :D Penat nak mati -_- Bila majlis dah habis , mula lah permainan sebenar :D Main air. Ada yang kena tukar baju 2-3 kali , Ada yang phone rosak kena air. Siapa suruh pakai phone mahal ~ xD Haha. Tengok macam aku neh , masih setia bersama phone torchlight. Pernah jatuh dalam baldi yang ada air. Tak rosak pun ^_^ *Bangga neh* haha. Paling tak boleh blah masa tengah main air. Senyap senyap nak serang pak long dari belakang. Bila dah kena pak long , pak long hambat gua guna batu bata pulak. Lari terus gua. Kalau ikutkan masa lari tuh , Usain Bolt pun boleh kalah kowt -_- Boleh mati aku kalau kena baling batu bata tuh. Haha. Athir pulak emo je memanjang. Dah kena air , baling gayung kat orang lain pulak. Pecah woo -_- haha.

Lagi satu cerita , memang lawak nak brrrr -_- huh ''== sedikit kuaja di situ. Gayboy ke pondan ke apa tah. Tak habis habis minta aku nombor. Dari kenduri cousin tahun lepas. Nampak aku je , nak kacau kacau. Harap maaf. Aku lelaki sejati ok -_- Aku masih teruna. Seronok seronok jugak. Sebab dah baik dengan cousin yang dulunya sangat rapat ^_^ sebelum neh gaduh teruk lah jugak. Sekarang dah ok :D hehe. Iffah Nadzirah namanya :D Walaupun dah tak rapat macam dulu , aku bersyukur dapat baik dengan dia. Hehe. Time hijab kabul tuh , Pengantin lelaki buat lawak :D hahaha. Dari istighfar , jadi takbir. Aku cuma harap bila dengan isyriati nanti , aku tak gagap macam tuh. Malu gua nanti xD haha. Acecehh , kemain lagik -_- study pun tak habis lagi xD haha. Lepas hijab kabul je , aku bakar mercun yang beso bebeno tu kat luar :D Itu mercun nyah tu yang bagi kat aku xD hahaha. Orang dah bagi , terima je lah xp hehe. Lagi satu cerita , mungkin sekarang neh , aku dah ada kat kelantan dah. Pak su ajak balik sana. Nenek dah sakit katanya. Bukan taknak pergi. Mama mesti tak bagi nanti. Hmm. Anak mak kan.. xp haha. Yang paling awesome photographer kat majlis neh. Berbaloi sangat. Ni video yang dia orang buat. Cool sangat. Nanti aku dengan Isyriati pun nak buat cenggitu lah xD hehehe. Ni hasilnya ^_^ Siap masuk youtube tuuu :D






Dah tengok , memang suwittt gile habis xD hehehe. Bak kata Isyriati , sinopsis hari tuh , sangat happy ^_^  Lebih semangat neh nak kahwin awal xD Bye bye ^_^
________________________________________________________________________________________
Saturday 29 December 2012 | 10:33 | 0 Potpet
Aku tak tahu kenapa aku jadi cenggini. Sepatutnya hari ni seronok sangat. Kakak baru je lepas kahwin. Hmm. Menyesal jugak reactivate muka buku dan twitter neh awal awal. Kalau boleh taknak stalk. Hmm. Tapi.. Brrrr -_- Tak tahu ahh. Macam macam masalah datang. Aku dah mula amalkan balik perangai lama aku. Kuat jealous , fikir lain , melawan cakap orang tua dan macam macam yang tak patut. Frust tahu "=.= Cobaan cobaan. Haihh.. :/ Aku tak tahu nak tulis apa lagi dah. Kalau lagi panjang , makin emo nanti -_- Aku sayang isyriati sangat sangat sangat sangat >_< Kbye
________________________________________________________________________________________
Tuesday 25 December 2012 | 11:57 | 0 Potpet

Nak tidur pun tak tenang bila fikir je pasal dia :( Tak tahu nak call siapa tak tahu nak text siapa. Hmm. Tengok dari cara dia , dia dah betul betul bencikan aku. Aku tak tahu apa puncanya. Aku tetap nak baik baik balik dengan dia. Aku sayang dia sangattt :'( Sayang sangat ! :( Tapi , aku takut kalau text dia tetibe kang dia cakap aku apa pulak kang. Dia yang taknak contact aku mula mula. Dia yang mintak macam tuh. Macam macam dia perli aku. Aku cuba sabar. Tapi tak boleh tahan tadi. Seriously , betul betul tak sangka dia perli aku semua tuh. Hmm :/ Tak tahu lah tweet dia dengan lagi sorang budak tuh pasal aku atau sesiapa. Aku mudah terasa mungkin. Dah tak sanggup nak baca tweet dia tu lagi , call yang lain ajak lepak then terus pergi cari tempat yang ada shisha.  Hang tuah cafe ramai pulak tadi. Pergi Lorong Pandan punya tempat.

 Aku dah berhenti merokok , shisha semua benda tuh. Tapi ,, tadi nafsu mengalahkan segala-galanya :( Aku betul betul dah biol tadi. Tapi itu memang hilangkan tension aku neh. Seperti yang aku agak , tu cuma sementara je. Bila balik , stalk dia lagi. Bila stalk , sakit hati balik. Demm "== Tu je lah apa yang selalu berlaku semenjak nih. Rasa diri ni macam dah tak ada gunanya lagi dah. Nothing ! Hmm :/ Aku bukan lupa dia atau tak rindukan dia. Tapi ,, hmm. Entah lah. Ayat ayat dia makan dalam kowt... Aku dah cuba dah fikir positif. Cuba anggap tweet dia semua tu untuk orang lain. Tak boleh lagi dah rasanya :') Act , tawar hati lah jugak. Cuba terima jugak apa yang jadik. Yang dah lepas aku akan cuba lupakan. Tak tahu lagi dah nak buat apa.. Tak ada idea lagi dah. Tak mahu fikir lagi. I feel so empty inside :'D Leave me alone k ^_^
________________________________________________________________________________________
Monday 24 December 2012 | 00:56 | 0 Potpet
Kenapa mesti jadik macam ni :( Hmm. Bila saya buat awak sayang saya , awak yang takut untuk sayang saya. Lepas tuh , awak yang mintak , awak taknak kite contact lagi lepas neh. Saya pun cuba turutkan je la :( Awak text suruh saya jaga diri , jangan selalu sedih sedih. Lelaki kena kuat. Jangan mudah percaya perempuan. Sampai bila bila pun kite kawan. Then malam tu lah last kite contact guna phone. Sekarang selalu contact kat muka buku dan twitter je :( Saya rindu awak tahu... :'( Sekarang neh macam macam masalah datang lagi. Awak suka fikir negatif kadang kadang.

Hmm :/ Saya dengan rabiatul tu kawan je lah. Kawan sekolah rendah lagipun. Ada ke patut awak cakap tu awek saya -_- Saya ajak dia bergambar masa reunion tu sebab nanti dia nak balik ganu balik. Nak jugak bergambar dengan dia. Mana lah tahu umur saya tak panjang :') Hmm.. Saya tahu awak jealous walaupun kita takde apa apa. Tapi ,, jangan lah nak benci saya. Taknak kawan dengan saya lagi. Dari dulu lagi saya memang nak kenal awak. Tapi bila dah kenal dengan awak , macam ni pulak jadinya. Haih... :( Awak jangan pergi ehh :'( Kalau awak tak fikir lain , takde jadi macam ni. Awak friendly. Saya juga. Hmm. Tak boleh ke macam tu. Saya bukan tak jealous awak contact lain lain lelaki tu semua. Tapi saya cuba untuk terima awak seadanya :'D Jika kita ada jodoh satu hari nanti ^_^ Tak salahkan kalau saya siap sedia dulu? :') Saya sayang awak sangat sangat tahu :( Hmm.. Saya masih simpan mesej pertama awak kat saya tahu. Kalau awak betul betul tak mahu contact saya , tak mahu kawan dengan saya , nak benci saya semua tuh , awak buat jeh k :') Saya redha. Saya akan cuba terimanya. Maafkan saya kalau banyak buat salah kat awak selama perkenalan kite. Saya cuma mampu mendoakan kebahagiaan awak dan awak akan jumpa lelaki yang betul betul sayangkan awak :'D


Sincerely , Auxin * ^_^

________________________________________________________________________________________
Saturday 15 December 2012 | 21:44 | 0 Potpet
  24.07.2007
-
Seperti setiap tahun , bila sampai je tarikh tu , aku selalu menangis sorang-sorang dan mesti elakkan daripada bergaul dengan sesiapa. Walaupun ada aktiviti yang seronok , aku takkan ikut. Aku terlalu rindukan ayah :( Arwah kembali ke rahmatullah pada 24.07.07. Hmm.. Tetiba update blog ni sebab tak tahu nak luah kat siapa. Macam tahun lepas , tarikh yang sama , bergayut dengan syafiqah lan sambil aku nangis teresak-esak gile. Arwah meninggalkan dunia pada jam 9.15 pagi. Masa tu aku kat sekolah. dalam kelas tengah belajar kajian tempatan dengan teacher tay. Tiba-tiba guru besar datang kat kelas panggil aku dan suruh kemas barang-barang. Nak balik rumah katanya. Aku pun ikut je laa. Dari kelas , turun tangga , naik kereta guru besar tu , dia diam je. Dia langsung tak jawab apa yang aku tanya. 

Bila sampai je kat rumah , tengok ramai yang datang. Ramai sangat. Ada juga yang menangis waktu tuu. Pelik kan? Hmm itulah apa yang aku fikir waktu tu. Aku tercegat kat luar sorang-sorang sambil perhatikan dia orang. Dengan beg lagi. Tak boleh nak masuk. Ramai sangat orang. Tiba-tiba makcik aku nampak aku berdiri sorang-sorang kat luar. Terus dia datang kat aku , peluk aku. Aku terdiam. Then dia ajak masuk dalam. Orang pertama yang aku cari ialah ayah aku. Sebab aku tahu ayah tengah sakit. Aku nampak mak tengah menangis-nangis kat sebelah ayah. Aku tengok ayah terbaring. Lelap mata. Terus aku peluk mak aku. Mak cakap ,, "fuad , ayah dah pergi..." Kalau cakap tak nangis memang tipu lah kan. Mak suruh ambil yassin. Mak cakap , sedekahkan untuk ayah. Aku pun ikut je. Lepas tu cikgu-cikgu datang. Ali Rustam pun masuk waktu tu.. Petang tu jugak kebumikan arwah :'( Dah habis kebumikan ayah , aku balik , aku terus baring sambil nangis dalam bilik sorang-sorang. Bila bangun je dah pagi :'( Waktu tu aku cuma mampu berharap yang aku mimpi pasal semalam tuu. Bila keluar bilik , yang lain semua tak ada. Semua kat luar. Dari situ aku dah tahu yang itu bukannya mimpi :(

Ayaahhh,, Fuad kat sini sentiasa doakan ayah tenang di sana :') Masa tingkatan dua , Fuad ada mimpikan ayah balik rumah. Sekali tuu je.. Fuad janji , fuad akan jaga mama kat rumah ni.. Semenjak ayah pergi ,, mama suka marah-marah.. Datuk kat kelantan mula jadi pelupa dan nyanyuk. Lepas tu , Atuk pun meninggal dunia tahun lepas. Tapi Alhamdulillah , mama dah tak marah-marah sangat lagi dah. Kak ina pun nak kahwin dah dua minggu lagi. Pasti lebih meriah kalau ayah ada. Hmm. *wondering* Fuad sentiasa rindukan ayah. Fuad tahu dulu fuad memang jahat , nakal , menggatal , suka sangat bergaduh dan lebih pentingkan duniawi. Sekarang , fuad cuba berubah sedikit demi sedikit. Kalau boleh ,, fuad nak jumpa ayah lagi :'( Tak kisah laa dalam mimpi atau di akhirat kelak. Fuad nak sangattt :( Rinduuu sangat kat ayah. Hmm. Petang ni ,, Fuad nak melawat kubur ayah. Fuad nak pergi seorang je. Taknak bagitahu siapa-siapa. Kalau ada yang lain , fuad memang susah nak menangis. Kali terakhir fuad menangis 24.07.2011. Menangis sebab ayah.. Hm :(

Tak masuk kan luahkan kat blog? :') Hee~ Jam pun dah menunjukkan 1.40 pm. Solat zohor pun belum lagi. Sekarang ni ,, nak siap-siap melawat kubur arwah ayah tercinta.. Hujan atau tak , fuad tetap nak pergi :'D Tak kira tak kira ^_^ Korang yang lain , kalau masih ada ayah , bersyukur tau :D Tanpa ayah dan ibu , siapalah kite :) Ok dah puas dah mata berpeluh ni >_< Babai :D
________________________________________________________________________________________
Wednesday 12 December 2012 | 02:57 | 0 Potpet
lepas neh jangan buad new blog lagi kayy. hehehe, kay i'm done. hope fuad sukee. tak fahm pape text me. bhaii gemok :D



_______________________________________
◕ Mister Auxin ◕


Hye peeps ! You've dropped in my space. Be nice here. Bitch and copycats not allowed. Thank you
My name is Ahmad Fuad Ismail. 18 to be on October, Melakarian. My heart belongs to Isyriati :D
_______________________________________
◕ Potpet ◕


_______________________________________
◕ My Song ◕

_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google